RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Sunday, December 27, 2009

WANITA MUDAH LUPA

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah s.w.t.

Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Jaatsiyah (ayat 23) yang bermaksud:

"Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah menyesatkannya, kerana mengetahui (kejahatan hatinya), dan mencap (menutup) pendengaran dan mata hatinya dan mengadakan tutupan di atas pandangannya, Maka siapakah yang akan menunjukinya sesudah Allah? Tidakkah kamu menerima peringatan"

Keterangan ayat 23: Ada orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuhan, yakni apa saja kehendak hawa nafsunya selalu dituruti, baik atau buruk. Maka dia tidak malu mengambil hak orang, menganiaya dan sebagainya, untuk memuaskan hawa nafsunya, kerana hawa nafsunya itu yang berkuasa atas dirinya, sehingga dikalahkannya akal fikirannya. Sebab itu Allah s.w.t. menyesatkannya, lalu ditutup Allah s.w.t. pendengaran, pandangan dan mata hatinya, sehingga mereka tidak mahu menerima kebenaran.

Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan" (Riwayat Termizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakarah atau sebagainya.

Saya harap semua wanita janganlah marah, hanya sekadar peringatan saja, maafkan hamba yang kerdil ini.

0 comments:

Post a Comment

The Dominion