RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Sunday, December 27, 2009

MANUSIA AKHIR ZAMAN


Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat padamu".

"Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah bid"ah dan bid"ah di kalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bid"ah. Maka barangsiapa mengikut sunnahku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bid"ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih".

Para sahabat bertanya, "Apakah mereka melihatmu Jawab Nabi, "Tidak"

Para sahabat bertanya lagi, "Apakah turun wahyu kepada mereka?" Nabi menjawab, "Tidak" Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimana keadaan mereka?" Jawab Nabi, "Seperti ulat dalam cuka".

Para sahabat bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?" Jawab Nabi, "Seperti bara api di tangan. Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar".

KURNIA BAGI YANG BERTAHAJUD


Diriwayatkan oleh Umar bin Khattab r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, " Barangsiapa bersembahyang di waktu malam dan menyempurnakan sembahyangnya dimuliakan oleh Allah dengan sembilan kurnia, lima di dunia dan empat di akhirat" Adapun lima yang diterimanya di dunia adalah:

Dilindungi oleh Allah dari segala bencana, terlihat tanda-tanda ibadah di wajahnya, dicintai oleh hamba-hamba Allah yang salih, dilancarkan lidahnya mengucapkan kata-kata hikmah dan diberinya pengetahuan fiqh.

Sedang empat perkara di akhirat ialah: Dibangunkan dari kubur berwajah putih bersih, hisab dipermudahkan baginya, melewati shirath secepat kilat dan menerima kitab catatan amalnya dengan tangan kanannya.
Wallahuwa'alam

ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

Bacalah Al-Qur'an tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S..W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya? "

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

WANITA MUDAH LUPA

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah s.w.t.

Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Jaatsiyah (ayat 23) yang bermaksud:

"Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah menyesatkannya, kerana mengetahui (kejahatan hatinya), dan mencap (menutup) pendengaran dan mata hatinya dan mengadakan tutupan di atas pandangannya, Maka siapakah yang akan menunjukinya sesudah Allah? Tidakkah kamu menerima peringatan"

Keterangan ayat 23: Ada orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuhan, yakni apa saja kehendak hawa nafsunya selalu dituruti, baik atau buruk. Maka dia tidak malu mengambil hak orang, menganiaya dan sebagainya, untuk memuaskan hawa nafsunya, kerana hawa nafsunya itu yang berkuasa atas dirinya, sehingga dikalahkannya akal fikirannya. Sebab itu Allah s.w.t. menyesatkannya, lalu ditutup Allah s.w.t. pendengaran, pandangan dan mata hatinya, sehingga mereka tidak mahu menerima kebenaran.

Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan" (Riwayat Termizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakarah atau sebagainya.

Saya harap semua wanita janganlah marah, hanya sekadar peringatan saja, maafkan hamba yang kerdil ini.

MERABA-RABA MENCARI ILMU

Kenapa ulama dulu boleh bergerak cergas dengan menzahirkan karya-karya bermutu dalam bidang agama? Kenapa ulama-ulama dulu mampu melakukan penterjemahan kitab-kitab Arab lama dengan baik dalam usaha untuk perkembangan syiar Islam?

Ulama-ulama sekarang nampak semacam tidak ada insiatif untuk sama-sama mengembangkan syiar Islam di kalangan umat, dan kalangan penduduk negara ini. Kitab-kitab agama yang dikarang oleh ulama-ulama besar di zaman silam di dalam bahasa Arab masih tersimpan dalam almari dan di perpustakaan. Dalam kitab-kitab tersebut terlalu banyak mutiara ilmu yang sangat tinggi nilainya masih terpendam begitu sahaja. Golongan ulama kita sepatutnya mengikuti jejak langkah para ulama silam tanah air seperti Tok Kenali, Syeikh Daud Patani, Syeikh Ahmad Patani dan beberapa yang lain yang berjaya menghasilkan karya bermutu dalam bidang penulisan ilmu agama.

Ulama-ulama sekarang sekadar bersyarah sahaja di sana sini "mengampu" sana mengampu sini, tetapi tidak berminat untuk menambahkan khazanah ilmu agama untuk generasi ini dan akan datang. Sepatutnya mereka mengambil alih fungsi ulama-ulama dulu dan cendiakawan Islam dengan menggerakkan bidang persuratan menulis atau pun menterjemahkan kitab-kitab lama dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu untuk dibaca dan dipelajari oleh generasi sekarang dan akan datang. Itulah sebabnya ilmu agama semakin hari semakin pudar kerana tidak ada bahan -bahan yang bermutu tinggi dalam bentuk buku tersebar dalam masyarakat kita sekarang. Kalau pun yang ada hanya hanyalah buku-buku doa yang menceritakan mengenai kelebihan doa itu dan ini, dan mengenai hal-hal fardu ain dan ini sudah terlalu banyak dalam pasaran sekarang.

Dalam negara ramai para ulama yang boleh malah fasih berbahasa Arab. Ini adalah pengajian mereka di luar negeri seperti di Mesir, Arab Saudi dan negara-negara Arab lainnya. Mereka ini bukannya belajar setahun dua, malah bertahun-tahun mereka belajar bahasa Arab. Tentulah mereka ini boleh menterjemahkan kitab-kitab Arab lama. Ulama-ulama besar seperti Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, Muhamad Abdul Wahab, Imam Al-Ghazali banyak mengarang buku-buku yang boleh diterjemahkan. Imam-imam mazhab juga banyak mengarang buku. Pelbagai aspek ilmu agama yang dikarang oleh mereka, tetapi semua kitab-kitab besar itu berada diperpustakaan dalam bahasa Arab.

Begitu juga dengan kitab-kitab Imam Syafi'i. Beliau mengarang berpuluh-puluh kitab agama, tetapi para ulama tempatan belum menterjemahkannya dalam bahasa Melayu. Kecuali kalau kita ke Indonesia, dan pergi ke kedai-kedai buku seperti Gunung Agung, Wali Songo akan temui banyak kitab Imam Syafi'i yang sudah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia. Berbagai-bagai jenis kitab ilmu agama. Pelbagai aspek seperti Hadis, Fiqh, Tauhid yang dipecahkan pula dalam pelbagai cabang menyebabkan kita tidak mahu keluar dari kedai buku tersebut.

Membaca sekali imbas, barulah kita tahu rupa-rupanya terlalu banyak ilmu lain yang kita belum tahu dan belum belajar . Bab sembahyang sahaja, ada yang kita tidak tahu selok belok lainnya. Misalnya, dalam bab "Panduan Hukum Islam," Dalam kitab ini yang ditulis dalam bahasa Arab oleh Ibnu Qayyim yang kemudian diterjemahkan dalam bahasa Melayu, kita dapati terlalu banyak panduan-panduan bagi umat Islam dalam membentuk hukum-hukum agama.

Buku-buku jenis macam inilah yang tidak ada dalam negara kita. Kalau yang dikarang oleh ulama-ulama pun mereka yang tahu menulis, hanyalah buku-buku kelebihan membaca Yassin, kelebihan membaca doa itu dan ini, kelebihan membaca surah-surah tertentu yang dibuat dalam bentuk risalah. Buku-buku yang boleh kita jadikan rujukan dalam bidang hukum agama tidak ada dalam pasaran. Sebagaimana yang kita maklum bahawa anugerah Allah s.w.t. yang terbesar bagi hambanya untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat adalah ilmu yang manfaat dan amal salih. Kedua hal ini merupakan titik tolak dalam melihat klasifikasi hamba Allah yang mendapat rahmat dan yang mendapat celaka. Kabaikan dan keburukan dapat dibezakan secara tegas dengan kedua hal itu.

Ilmu berkait rapat dengan perbuatan, dan ilmu pula dapat memberi syafaat kepada perbuatan, dan kemuliaan ilmu sangat bergantung kepada objek ilmu tersebut, sebagaimana ilmu yang bermanfaat terletak pada hukum-hukum manusia. Kita tahu hal ini, dan para ulama juga tahu tentang pentingnya ilmu kepada manusia. Apa pun yang mahu kita kerjakan, kita buat dan amalkan, semua mesti ada ilmu. Ilmu ini biasanya ada dalam kitab-kitab yang diabadikan atau pun dirakamkan oleh para ulama atau pun para ilmuan Islam. Dari dalam buku-buku tersebut, bersinarnya mutiara yang sangat tinggi nilainya untuk kita semua yang tahu bahasa-bahasa lain. Kalau kita dengar ceramah menerusi TV yang disampaikan oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam kita, tentulah kita menyangka banyaknya buku-buku agama yang ditulis oleh mereka berdasarkan apa yang dicakapkan oleh mereka.

Tetapi bila kita masuk dalam masyarakat buku, kita tidak temui sebarang buku sama ada yang ditulis atau pun yang diterjemahkan atau pun yang ditulis semula oleh ilmuan-ilmuan Islam kita. Apakah mereka tidak tahu? Apakah mereka tidak punya ilmu? Ini mustahil, kerana mereka mempunyai lautan ilmu yang mendalam dan ilmuan Islam. Mereka belajar di luar negeri. Mereka menghabiskan usia mereka dengan balajar bahasa Arab, dan pembelajaran agama, tentulah mereka bijak dan berilmu tinggi dan luas.

Soalnya, mengapa mereka berdiam diri membiarkan masyarakat Islam meraba-raba? Jawapannya ada pada ulama kita dan ilmuan Islam kita.

Sekadar renungan!!!!!

Sumber: (Hidayah 2006)

"BABI"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi..

Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.

" Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya
(bersifat kebabian tuh... ishh)

Ada apa pada Babi ?

Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia .

Kadang juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Dalam al-Quran, sebagai haiwan, babi hukumnya najis jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga diharamkan untuk dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di kalangan Kristian.

Penyakit yang diakibatkan dari daging Babi
DR Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan asisten Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang bisa dijangkiti dari babi. Di antaranya:

* Anthrax* Ascaris suum* Botulism* Brucella suis * Cryptosporidiosis* Entamoeba polecki* Erysipelothrix shusiopathiae* Flavobacterium group IIb-like bacteria * Influenza* Leptospirosis* Pasteurella aerogenes * Pasteurella multocida * Pigbel* Rabies * Salmonella cholerae-suis* Salmonellosis* Sarcosporidiosis* Scabies* Streptococcus dysgalactiae (group L)* Streptococcus milleri* Streptococcus suis type 2 (group R)* Swine vesicular disease* Taenia solium* Trichinella spiralis* Yersinia enterocolitica* Yersinia pseudotuberculosis. http://id.wikipedia.org/wiki/Babi

FAKTA-FAKTA MENGAPA BABI HARAM
Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat ), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesehatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan.Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang MahaKuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat danorgan organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan karena kehabisan darah dari tubuh, bukannya karana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kini lah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? karana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher.

Ilmu kedoktoran mengetahui bahwa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI
a. QS. Al Baqoroh (2) : 173
b. QS. Al Maa'idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115

KENYATAAN MUDAH TENTANG KEBURUKAN DAGING BABI:

Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor, Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi haiwan pemalas dan tidak suka bekerja (mencari pakan), tidak tahan terhadap sinar matahari, tapi makannya rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan paling rakus di antara haiwan jinak lainnya. Jika tambah umur, jadi makin malas & lemah (tidak berhasrat menerkam dan membela diri). Suka dengan sejenis dan tidak pencemburu. (Buku : Adaptive physiology on mammals and birds).

Pengguna daging babi sering mengeluhkan bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tsb. disebabkan karana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Lemak punggung babi tebal, babi memiliki back fat (lemak punggung) yang sangat tebal.

Pemakan babi sering memilih daging babi yg lemak punggungnya nipis, karana semakin tipis lemak punggungnya, dianggap semakin baik kualitinya. Sifat lemak punggung babi adalah mudah mengalami oxidative rancidity.

Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam wak tu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah modern di dua negara Timur & Barat, yaitu Cina dan Swedia. Cina (majoriti penduduknya penyembah berhala) & Swedia (majoriti penduduknya sekular) menyatakan:

"Daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser anus & kolon". Peratus penderita penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India ). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000.

Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo . Babi banyak mengandung parasit, bakteri, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60 ؛C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hongkong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hongkong).

Daging babi adalah daging yang sangat susah dihadam karana banyak mengandung lemak. Meskipun empuk dan terlihat begitu enak dan lazat, namun daging babi susah dihadam. Ibaratnya racun, seperti halnya kholesterol! Selain itu, daging babi menyebabkan banyak penyakit : pengerasan pada urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (angina pectoris) , dan radang pada sendi-sendi.

Sekitar tahun 2001 pernah terjadi para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa wak tu mengalami gangguan kesehatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas meksiko yang terkenal berupa daging babi, hamburger (ham = babi, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging babi). Sang perempuan menegaskan bahwa dirinya merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi. Telur cacing tsb menempel di dinding usus pada tubuh sang perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke ujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak bisa keluar darinya. Hal ini menyebabkan dis-fungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak. Penyakit-penyakit "cacing pita" merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang terjadi melalui pemakanan daging babi. Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

Saya pernah membaca sebuah art ikel yang mengatakan : ”Bahwa seseorang itu berkelakuan sesuai dengan apa yang dimakannya.” Melihat tayangan di salah satu TV swasta kelmarin, seorang profesor dari IPB (lupa namanya) telah meneliti struktur DNA babi. Sesuatu yang mengejutkan ternyata, struktur gen babi itu mirip dengan struktur gen manusia. Jadi dapat dikatakan gen babi = gen manusia, jadi sama dengan kita memakan daging manusia (=kanibal), na'udzubillah.

Jadi ada betulnya art ikel tadi mengatakan kalau kita memakan babi bukan tidak mungkin karakter babi menempel pada kita, tidak pada kita, boleh jadi pada keturunan kita ! wallahu a’lam.

Keharaman Babi
Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bagian-bagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.

Al-Qur’an menggunakan kata lahma (daging) karena sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Qur’an menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya.Bahwa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. Lemak babi mengandung kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak hewan lainnya. Darahnya mengandung asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yan jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli kesehatan modern. Mereka mengatakan bahwa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk wak tu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahwa peralatan masak modern telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menrima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahwa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan wak tu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya.

Babi dalam Dunia Farmasi

Bagi pengguna Muslim babi adalah “jawara”-nya bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Padahal babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, dikaranakan adanya kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Keterlibatan babi dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan. Mulai dari cangkang kapsul baik sebagai kapsul lunak, penyumbang organ-organ tubuh, dan hormon serta enzimnya.

Beberapa bagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut :
Kelenjar adrenal babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pancreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin babi. Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor babi serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun . Jika produksi babi pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta – 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar.

Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (babi). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.

Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberpa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung babi yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan system vital yang terjadi pada manusia dan babi.

Kulit babi
Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.

Darah babi
Fibrin darah yang diekstraks dari darah babi digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu. Darah babi juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel.

Mengapa Babi Haram Buat Umat Muslim

Ada orang asing (ilmuwan) bertanya kepada seorang Ulama mengenai haiwan babi ini.

Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya babi bukan karana sebab itu saja. Tetapi ada sifat Babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam

Ilmuwan : Apakah itu?

Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!! !

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!??? ?

Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang Babi?

Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut2an memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.

KATA USTAZ…
Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat?, maka jawabannya adalah bahwa karana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata karana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak minum arak bukan karana sekedar mabuk, melainkan semata-mata karana Allah SWT mengharamkannya. Tidak mau zina bukan karena takut kena sipilis atau HIV, tetapi karana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak makan babi bukan karana takut ada cacing pita, melainkan karana Allah SWT sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahasia dan hikmah di balik pelarangan makan babi yang boleh dapatkan. Namun semua itu sekadar menambah keyakinan yang sudah ada di dalam hati kita. Bukan sebagai landasan utama. Dan buat kita, apakah di balik larangan makan babi itu ada hikmah atau tidak, sama sekali tidak ada hubungannya dengan ketaatan kita kepada Allah SWT yang telah melarang kita makan babi.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disebut selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Semoga bermanfaat….

Tuesday, December 8, 2009

Coretanku buat adam..

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

“Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Perhiasan dunia yang turut menghiasi akhirat.Itulah wanita solehah.Wanita yang sering diimpikan oleh para mujahid dan para suami.Perkahwinan jua disebut sebagai ‘membina masjid’.Mulianya sebuah perkahwinan disisi Tuhan dan indahnya pada dunia Islam.Masjid sebagai tempat beribadah,halaqah dan tempat berukhwah sesama saudara.Diibaratkan pernikahan itu seumpamanya,lalu dengan niat apakah masjid itu dibina?Wajarkah dikotori nafsu yang jahil semata?Andai masjid dibina dan tidak diisi dengan ibadah,sungguh amat sia-sia kebaikan yang dibina tanpa dipelihara.Andai masjid kukuh,dikunjungi cinta sesama saudara,disuburi pohon keimanan,dibasahi hati yang bersyukur..yakinlah,Allah pasti memelihara.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Empat yang menjadi pilihan.Dan pilihan utama ialah keagamaan.Harta milik ALLAH SWT,takut jika harta yang dipinjamkan ditarik kembali maka terseret jua cinta kita.Andai keturunan menjadi dambaan,aku cuma an-nisaa akhir zaman.Walau tinggi harapanmu ingin menjadikan aku seteguh aisya Humaira dan setabah saidatina khadijah,ketahuilah duniaku dihiasi keindahan yang seringkali mengaburi penglihatan.Ranjau dan cabaran bila-bila mencalari dan melukai sekeping hati insan hina.Kecantikan yang menjadi pilihan pula akan terus diragui haluannya.

wahai adam,
Jika harta yang kau idamkan padaku,aku dilahirkan dengan hidup sederhana dan hartaku cuma pada agama yang dianugerahkan oleh Allah SWT.Harta yang diwarisi dari ibubapa tercinta tanpa tertulisnya wasiat, cuma laungan azan yang menyambut tika kelahiran.Semoga kehadiran yang dilafaz dengan akad nikah memberi kemesraan dan kesenangan buat kita agar bersama mensyukuri nikmat yang diberiNya


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Ar-Ruum:21)


Kecantikanlah menjadi pandangan pertama pada setiap insan.Andainya kecantikan yang menjadi pilihanmu,diriku bimbang akan tersisih jauh andai pinjaman illahi dikembalikan cinta turut dituntut kembali.Pandanglah aku dengan mata akalmu dan mata hatimu daripada mata zahirmu.Cukup dengan pancaindera yang mampu mencantikkan hati yang mampu ku ukir dalam diri,andai cantik lahiriah yang menjadi dambaan hati,lorong haluanmu,aku bukanlah orangnya,bukanlah pilihanmu.


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Kekuranganlah yang kerapkali menyelubungi diriku,namun andai kesempurnaan melemaskanku.Kekuranganlah yang menjadi kesempurnaan pada kebahagiaan.Pernikahan dan perkahwinan adalah perjuangan menuju ke jalan illahi.Perjalanan yang memberikan ilmu untuk terus jihad diatas jalanNya.Andai ada ketetapan lain yang kau ciptakan buat sekeping hati ini berkongsi atas pembinaan masjid ibadahmu ini,redha itulah jadi penemanku.Kerana bukan kekasih duniawi yang menjadi impianku,tetapi teman ke ukhrawi yang abadi.Biarlah lafaz syahadah yang mengakhiri pertemuan bukan lafaz yang mampu merobohkan tempat ibadah suci yang telah terbina.Semoga pada masjid indah itu lahirlah khalifah yang berdiri di jalanNya dan menyinari taqwa fisabilillah sambil menghulur pahala atas keteguhan masjid yang terbina.

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nissa':1)

Bukan hantaran ribuan yang kuinginkan,maskahwin yang bakal membutakanku pada pembinaan asas masjid cinta illahi dan kabur pada erti pertemuan atas dasar agama.AlQuran sebagai mahar pun cukup memberi pedoman untuk tetap pada haluanNya dan redha akan ketetepanNya.Kebanggaan dan pujian pada hiasan kilauan pelamin bukanlah menjadi pintaku,cukuplah dengan doa dari hati yang ikhlas kerana berpeluang menyempurnakan yang separuh dari agamaku.

Sabda Rasulullah saw : “Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bukan pangkat pada dunia penentu tinggi rendahnya kesetiaanku.Kepimpinan dari keperibadianmu yang kuharap agar jiwa lemah ini terpelihara dari rebah tak bermaya.Andai kau hilangkan agama pada dirimu,maka hilanglah cintaku padamu.Kerana masjid pernikahan dibina dengan lafaz mulia menginginkan redhaNya.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Bukan usia mengukur tahap cinta,bukan jua paras rupa.Andai ditakdirkan hidup susah,selagi Allah memelihara hati dan iman yang ada akan meneguhkan tiang masjid yang dibina.Kehidupan Rasulullah yang mulia turut diuji dengan dugaan kesusahan.Hinggakan Rasulullah pernah berlaukkan roti dan cuka sebagai santapannya.Rumahtangganya tetap bahagia dan menjadi contoh terulung dalam sirah.Wajarkah aku pendosa yang hina, mengeluh ketetapan ‘susah’?sedangkan padanya dihulurkan pahala buat yang sabar dan insyaAllah dijanjikan syurga.

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan ,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Al-Insyiraah:5~6

Coretan ini bukan sekadar tulisan yang ditaip kemas tanpa niat.Bukan jua dengan bicara berbunga untuk meruntun jiwa adam.Kesedaran yang tercetus dalam diri mengingatkan pada pertemuan hati yang dicipta illahi dan doa untuk perkahwinan yang lebih mahabbah.Buat insan yang padanya ada masjid terbina,cintailah pada ketetapanNya.Dan dari itu pasti dapat merasai kemanisan cinta yang dianugerah Allah SWT buat hambaNya.
Sekian,Wallahu wa'lam..


Bicara An~Nisaa yang hina.

RAHSIA BUAH


Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing-masing. Kaedah ini juga dikenali sebagai “Science of Fructology”..
Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia.





1-JENIS LIMAU… Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali.
Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu.
Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu.







2-BUAH-BUAHAN TROPIKA…
Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas.
Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar berseronok.


3-JENIS BUAH LADANG…
Contohnya seperti epal dan pear.
Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu.Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.
Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd individu lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm setiap perkara yg kamu lakukan.






4-JENIS TEMBIKAI…
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.
Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan.Bagi diri kamu,wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain.
Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantic.Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yg berhati-hati.



5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI…
Contohnya seperti blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur dan tomato.
Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain.Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik.Kamu bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan2 yg berperasa lain dari yg lain.
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti.


6-JENIS KEKACANG…
Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain.
Kamu ini “moody” lah!!Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.
Untuk mengenali kamu,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg yg berpendirian.



7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU…
Contohnya kundur.
Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat.Kamu adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu miliki.Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm menangani cabaran2 mendatang.Kamu cenderung pada warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut.

Thursday, December 3, 2009

Salam


Welcome to my blog.

The Dominion